
MBMB sita 100 kenderaan terbiar
AYER KEROH 27 Nov. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyita kira-kira 100 kenderaan buruk dan terbiar yang ditinggalkan di kawasan awam tanpa kebenaran.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, tindakan notis telah dikeluarkan terlebih dahulu ke atas kenderaan yang terlibat.
“Ini bagi memastikan supaya pemilik mengambil tindakan mengalihkan kenderaan tersebut sebelum tindakan tunda diambil selepas tamat notis yang dikeluarkan.
“Kenderaan terbiar ini menyebabkan halangan di tempat awam, menimbulkan masalah pembiakan nyamuk Aedes dan secara tidak langsung mengakibatkan peningkatan kes denggi,” katanya.
Selepas kenderaan terbabit disita katanya, MBMB akan mengenalpasti pemilik kenderaan dan menghantar surat peringatan kepada pemilik untuk makluman dan tuntutan kenderaan yang disita.
“Kesemua kenderaan yang disita adalah dibawah kawasan pentadbiran MBMB, tindakan ini dibawah Seksyen 46 (1)(e) Akta 133 Jalan Parit Dan Bangunan 1974,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...