Sorting by

×

Melaka negeri pertama lantik Ahli Majlis PBT dalam kalangan tentera

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

REMBIA 12 Julai – Lantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini dalam kalangan wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau warga tentera, dilihat sebagai langkah tepat dalam memperkasakan lagi pentadbiran awam di Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu secara tidak langsung menjadikan Melaka sebagai negeri pertama melantik Ahli Majlis PBT dalam kalangan tentera.

Jelas Ketua Menteri, penglibatan dan peranan tentera dilihat amat perlu serta memberikan manfaat besar dalam melancarkan proses pembangunan negeri ini.

Katanya, ia juga mampu menjadi cerminan kepada manifestasi Kerajaan Negeri supaya nilai kebersamaan dalam aspek pengurusan masyarakat dapat diperkasa.

“Warga tentera tidak akan ketinggalan, mereka akan bersama-sama Kerajaan Negeri bagi memberikan pandangan dalam membangunkan sesebuah kawasan yang diwakili dalam PBT.

“Selepas ini tentera ada wakil untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. Walaupun kawasan tentera ini mempunyai lokaliti sendiri tetapi kita mahu mereka bersama-sama masyarakat dalam menyarakan hasrat atau pandangan berhubung aspek pembangunan, keselamatan dan sebagainya,” katanya

Whatsapp Image 2024 07 12 At 3.43.30 Pm
MAJLIS mengangkat sumpah Ahli Majlis terlibat disaksikan Ab Rauf.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis dan Ahli Majlis Turut Hadir PBT Negeri Melaka Tahun 2024 hingga 2025 diadakan di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yassin serta tetamu lain.

Ab Rauf berkata, setiap PBT di Negeri Melaka akan melantik seorang Ahli Majlis terdiri daripada golongan tentera.

Menurutnya, lantikan itu mampu menjadi contoh kepada PBT di negeri lain dalam usaha memartabatkan peranan golongan tentera dalam memimpin pentadbiran masyarakat.

“Ini juga menjadi contoh kepada nilai kebersamaan yang kita bawakan dan ini mampu membawa sumbangan golongan tentera kepada masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

271
Kongsi :
Previous post Meh ‘melantak’ durian di Menara Taming Sari
Next post Laksamana Cheng Ho, lambang persahabatan dua negara
Ubah saiz-+=