
Trump akan tinggalkan Rumah Putih andai undi elektoral berpihak kepada Biden
WASHINGTON 27 Nov. – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata akan meninggalkan Rumah Putih jika undian elektoral memihak kepada bakal Presiden Joe Biden, lapor agensi berita Sputnik.
“Sudah tentu saya akan keluar, dan anda juga tahu itu,” kata Trump pada Khamis ketika ditanya adakah beliau akan meninggalkan Rumah Putih sekiranya undi elektoral menyebelahi Biden.
Tegas beliau, ia satu kesilapan jika Kolej Elektoral mengundi Biden.
“Jika ia berlaku, mereka telah membuat kesilapan,” kata Trump, menambah agak sukar baginya untuk menerima keputusan persaingan presiden itu.
Sekali lagi, beliau menjelaskan keputusan pilihan raya itu diperoleh dengan penipuan besar.
“Kita seperti negara dunia ketiga,” tambah Trump, bercakap mengenai infrastruktur pengundian.
Pada Isnin, Trump memberi kuasa kepada Pentadbiran Perkhidmatan Awam untuk memulakan peralihan rasmi kepada saingan Demokratnya sambil terus mempertikaikan kesahihan pilihan raya November dan masih enggan mengalah.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...