Sorting by

×

Melaka cadang buka klinik kesihatan pada hari Ahad

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 11 Julai – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sedia mencadangkan agar ada sebahagian klinik kesihatan di negeri ini dibuka pada hari Ahad.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, cadangan itu khusus bagi membantu merawat kes jaundis (kuning) membabitkan bayi baharu lahir.

Sebelum ini, katanya, kes kuning membabitkan bayi pada hari minggu terpaksa dirujuk ke Hospital Melaka dan hospital daerah untuk mendapatkan rawatan dan ia turut menyumbang kepada kesesakan yang berlaku.

“Disebabkan klinik kesihatan tutup pada hari Ahad, bayi yang ada kes kuning terpaksa dirujuk ke hospital kerana kes kuning ini boleh berlaku tidak kira hari dan memerlukan rawatan segera.

“Oleh itu, ada cadangan untuk membuka klinik kesihatan ini pada hari Ahad untuk kes rawatan seperti ini dan ia diharap dapat mengurangkan kesesakan yang berlaku di Hospital Melaka dan hospital daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem menjawab soalan lisan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1426
Kongsi :
Previous post Dua lagi produk pelancongan sertai Melaka Bila Larut Malam
Next post Zon Bebas Kenderaan Melaka bertaraf lima bintang
Ubah saiz-+=