Zon Bebas Kenderaan Melaka rekod lebih 1.23 juta pengunjung

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

SERI NEGERI 11 Julai – Zon Bebas Kenderaan Melaka yang mula diperkenalkan Ogos tahun lalu telah merekodkan lebih 1.23 juta pelancong dan pengunjung.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, jumlah itu direkod setakat Jun tahun ini berdasarkan sistem ‘Crowd Monitoring’ yang dipasang oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Melalui sistem ‘Crowd Monitoring System’, bilangan pengunjung yang datang ke Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir bermula dari Ogos 2023 adalah 27,996 orang, diikuti bulan September 53,699 orang, bulan Oktober 37,817 orang, manakala November 47,149 orang dan Disember 120,418 orang.

“Memasuki bulan Januari tahun ini pula seramai 124,746 orang pengunjung direkodkan, diikuti Februari 86,255 orang, bulan Mac 211,734 orang, selain April iaitu 167,171 orang, Mei 169,444 orang dan bulan Jun 188,483 orang.

“Jumlah keseluruhan sepanjang tempoh itu merekodkan seramai 1,234,912 pengunjung direkodkan setakat Jun lalu di mana dengan purata seramai 112,256 orang pengunjung direkodkan setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di sini hari ini.

Menurut Rais, sejak pelaksanaan Zon Bebas kenderaan, Kerajaan Negeri telah menerima pelbagai reaksi dan respon orang ramai berdasarkan kaji selidik dilaksanakan.

“Berdasarkan kaji selidik terhadap 1,406 orang sebanyak 84.2 peratus iaitu 1,184 responden bersetuju dengan pelaksanaan itu manakala 124 orang iaitu 8.8 peratus tidak bersetuju dan 98 orang responden tidak pasti (7.0 peratus),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

146
Kongsi :
Previous post Melaka terima 7.7 juta pelancong setakat Jun
Next post Melaka belum bercadang laksana ‘Bila Larut Malam’ setiap minggu
Ubah saiz-+=