Melaka terima 7.7 juta pelancong setakat Jun

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SERI NEGERI 11 Julai – Penganjuran Tahun Melawat Melaka (TMM2024) membawa impak cukup besar apabila seramai 7.7 juta pengunjung dan pelancong direkodkan setakat separuh tahun pertama, tahun ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, jumlah itu direkodkan daripada 1 Januari hingga 30 Jun 2024, yang mana ia menunjukkan bahawa sasaran ditetapkan Kerajaan Negeri kini sudah hampir direalisasikan.

Jelas beliau, mengikut data yang diterima, daripada 7.7 juta pelancong dan pengunjung direkodkan, ia merangkumi 6.6 juta pelancong dan pengunjung domestik, manakala baki 1.1 juta pula merupakan pelancong luar negara.

“Kita yakin dengan pelbagai program dan aktiviti yang dirancangkan untuk merancakkan TMM2024, Melaka bakal mencapai sasaran pelancong dan pengunjung pada tahun ini.

“Kita melihat, rekod 7.7 juta pelancong dan pengunjung yang dicapai setakat 30 Jun lalu adalah hasil pemasaran yang baik dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebagai contoh melantik seorang figura terkenal untuk menarik lebih ramai pengunjung luar negara ke Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Lim Ban Hong (BN-Klebang) pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Razak menjawab soalan lisan daripada Leng Chau Yen (PH-Bandar Hilir) mengenai penganjuran Program Melaka Bila Larut Malam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

152
Kongsi :
Previous post Hospital wanita dan kanak-kanak Melaka dijangka siap 2030
Next post Zon Bebas Kenderaan Melaka rekod lebih 1.23 juta pengunjung
Ubah saiz-+=