Sorting by

×

JKM Melaka mohon KPWKM tambah pegawai kendali kes

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 9 Julai – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka memohon Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menambah jumlah kakitangan JKM di negeri ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, permohonan itu bertujuan untuk meringankan beban 48 pegawai JKM ketika ini yang terpaksa mengendalikan jumlah kes yang tinggi di ketiga-tiga daerah di Melaka.

Katanya, JKM Melaka merekodkan seramai 27,806 orang penerima bantuan setakat Mei lalu dengan setiap seorang kakitangan akan mengendalikan purata lebih 500 kes.

“Mengikut pecahan di Daerah Melaka Tengah merekodkan seramai 14,414 penerima bantuan dan dikendalikan oleh 26 pegawai kes. Nisbah purata adalah seorang pegawai JKM akan kendalikan 554 penerima bantuan.

“Daerah Alor Gajah pula mempunyai 6,409 penerima bantuan dan dikendalikan oleh 11 orang pegawai yang mana nisbah dan purata adalah seorang pekerja kes akan kendalikan 583 penerima bantuan.

“Manakala di Daerah Jasin, seramai 6,983 penerima bantuan dan dikendalikan 11 pekerja, di mana secara nisbah dan purata seorang pekerja akan kendalikan 634 penerima bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Siti Faizah Abdul Azis (Sungai Rambai- BN) pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

288
Kongsi :
Previous post Mohon peruntukan RM2 juta atasi isu pengairan sawah padi Klebang
Next post Melaka pertaruh muka baharu di SUKMA 2024
Ubah saiz-+=