Artifak Melaka di Belanda akan dipamerkan di muzium
BANDA HILIR 8 Julai – Kerajaan Negeri dalam usaha mengadakan perbincangan untuk membawa pulang artifak-artifak mengenai sejarah Melaka yang berada di Belanda.
Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, inisiatif itu bagi mengimbau kembali hubungan sejarah kedua-dua buah negara yang terjalin sekian lama.
“Insya-Allah segala artifak atau gambar mengenai sejarah Melaka yang ada di Muzium Marin Belanda kita akan paparkan di muzium di negeri ini untuk rujukan rakyat Melaka.
“Bagaimanapun kita akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu pada November ini bersama pihak yang terlibat untuk memuktamadkan sama ada ia boleh dibawa balik atau tidak ke Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup Program Eksplorasi Jejak Seni @ Muzium Melaka dan Museum Heritage & Art Phonegraphy Competition di Muzium Kesultanan Melayu Melaka di sini, semalam.
Hadir sama Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Erne Hamsah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
CAR FREE ZONE@ALOR GAJAH SEMAKIN MENARIK
ALOR GAJAH 5 Disember - Inisiatif penganjuran Car Free Zone@Alor Gajah semakin mendapat sambutan susulan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan...
TVET ‘KUNCI’ MASA DEPAN MELAKA
BIDANG Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini menjadi tumpuan utama buat Kerajaan Melaka yang bertujuan mengubah landskap ekonomi...
AB RAUF DILANTIK IKON HASIL MELAKA
AYER KEROH 4 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Ikon HASiL Negeri Melaka oleh...
MELAKA WAJIBKAN POTONGAN GAJI EXCO UNTUK CUKAI BERJADUAL
AYER KEROH 4 Disember - Semua Exco Kerajaan Negeri akan diwajibkan untuk melaksanakan pemotongan gaji bagi pembayaran cukai berjadual di...
MANEK SULAMKAN SI AYER MATA, ANGKAT SENI HALUS KASUT MANIK
AYER KEROH 4 Disember - Teater Perpaduan Peranakan: Manek Sulamkan Si Ayer Mata mengangkat keunikan seni halus kasut manik yang...
TIGA INSTITUSI TVET TERJEJAS BANJIR SEGERA DIBAIKI – AHMAD ZAHID
DURIAN TUNGGAL 4 Disember - Tiga institusi pengajian yang menawarkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terjejas banjir...