RM1.05 juta laksana program kemahiran, pembangunan komuniti luar bandar Melaka

Masa Membaca:57 Saat

BANDA HILIR 7 Julai – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Melaka telah melaksanakan pelbagai program di bawah Pendidikan Kemahiran dan Pembangunan Komuniti dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.05 juta bagi tahun 2024.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, KEMAS juga komited memperkasa masyarakat luar bandar khususnya golongan wanita ke arah pembangunan holistik.

Katanya, jabatan itu bertindak sebagai agensi penggerak kesejahteraan masyarakat luar bandar di negeri ini dengan pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif.

“Di Melaka antara program yang telah dilaksanakan antaranya adalah Program Pelaksanaan empat siri Kursus Kemahiran Quick Win dengan kos keseluruhan berjumlah RM180,000 dan kehadiran 40 orang peserta.

“Selain itu, 17 siri Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) dengan kehadiran seramai 255 orang peserta; Persijilan Kemahiran Malaysia melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) dengan penyertaan seramai 30 orang peserta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku KEMAS Negeri Melaka Tahun 2024 di perkarangan Menara Taming Sari, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS Malaysia, Zahiruddin Mat Zuini; Pengarah KEMAS Negeri Melaka, Asri Saleh dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

166
Kongsi :
Previous post Program kebudayaan, kesenian warnai Melaka Heritage Festival 2024
Next post Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya – Ahmad Zahid
Ubah saiz-+=