Ekspo Al-Quran selama 10 hari di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 6 Julai – Syiar Islam di Negeri Melaka terus subur menerusi penganjuran Ekspo Al-Quran yang diadakan selama 10 hari bermula 6 hingga 14 Julai, di Lower Deck Muzaffar Voyage, Hotel Muzaffar, di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ekspo tersebut membawakan 10,000 naskhah buku dan al-Quran dengan tawaran diskaun 20 peratus kepada orang ramai.

“Kerajaan Negeri menyokong penuh penganjuran ekspo al-Quran seumpama ini terus diperkasa demi memartabatkan syiar Islam dan pembangunan ummah yang sejahtera.

“Saya menyeru kepada semua, ayuh datang ke ekspo ini bagi menyokong usaha murni Yayasan Restu meluaskan ilmu pengetahuan agama.

“Saya percaya, usaha-usaha menerusi penganjuran program seumpama ini dapat menyemai nilai positif, mengimbangi keperluan warga Melaka yang mendambakan pengisian program seperti mempunyai jiwa yang mampu menghidup dan mendidik rohani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Al-Quran dan Produk Seni bersama Pelancaran Buku Sirah Terbesar dan Yayasan Restu Wilayah Selatan sempena Ma’al Hijrah 1446H, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa dan lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut mengajak semua umat Islam untuk bersama-sama menyokong kutipan dana bagi Program Wakaf Sejuta Al-Quran yang dilancarkan Perdana Menteri pada tahun lepas.

“Saya percaya, rakyat Melaka khususnya pasti menanti-nantikan amalan mulia ini sebagai saham akhirat sekali gus menyokong usaha murni Yayasan Restu.

“Memuliakan al-Quran sememangnya dituntut dalam agama bagi memastikan umat Islam menikmati keberkatan dan keredaan hidup baik berbentuk hissi mahupun maknawi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1750
Kongsi :
Previous post Melaka bakal wujudkan pusat penjaja Islam
Next post Yayasan Restu pilih lebar sayap di Melaka
Ubah saiz-+=