Lelaki dikhuatiri lemas terjun Sungai Golok semasa operasi polis
Ketika kejadian mangsa Mohd Yuki Mohd Yusoff, 41, dikatakan terjun ke dalam sungai tersebut dan tidak dapat dikesan.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Azmi Hussin berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kehilangan lelaki itu pada 3.17 pagi tadi.
“Kami membuka bilik gerakan di Pos PGA Pulai sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat pada 3.55 pagi. Operasi ditangguhkan pada 4.10 pagi dan disambung semula 8 pagi tadi.
“Sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas menyertai operasi itu pada awal pagi, manakala 19 anggota ditambah pada operasi seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pencarian dijalankan di tebing dan permukaan sungai selain melakukan selaman oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Pengkalan Kubor, Tumpat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...
AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Oleh: Dr. Azri Fikry Doktor Pakar Kanak-kanak, Clinic Suite 3.28, Putra Specialist Hospital Melaka STATISTIK yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan...
PARAMEDIK KOMUNITI DIPERLUAS KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT
SUNGAI RAMBAI 23 November - Sukarelawan Paramedik Komuniti fasa kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan diperluaskan...
SWM SASAR 10 PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA DIBUKA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 23 November - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyasarkan 10 kemudahan kiosk Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK)...
‘AH SEM’ MAHU BINA TIGA MASJID
AYER KEROH 23 November - Bagi memastikan umat Islam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dapat menunaikan solat dalam...
KEJADIAN RAGUT BUKAN DI KRUBONG JAYA
AYER KEROH 23 November - Polis Daerah Melaka Tengah menafikan berlaku kejadian ragut melibatkan seorang wanita di Krubong Jaya, baru-baru...