Sorting by

×

‘MyMelaka News’ sumber informasi terkini peniaga

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 5 Julai – Saluran Telegram ‘MyMelaka News’ sebagai platform penyebaran maklumat dianggap bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri digital.

Penjaja dan peniaga kecil ketika ditemui amat menyokong pelaksanaan inisiatif itu kerana maklumat atau hebahan mengenai program dianjurkan bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) khususnya, membantu mereka untuk mengintai peluang menjana pendapatan.

Bagi Roslan Othman, 60, pemilihan Telegram sebagai platform hebahan juga kena dengan peredaran zaman dengan majoriti orang ramai ketika ini memilih untuk menggunakan media sosial.

“Sebagai peniaga saya juga menggunakan saluran Telegram MyMelaka News bagi mendapatkan perkembangan terkini tentang Negeri Melaka, memang bagus, sekarang semuanya di hujung jari.

“Sekarang zaman sudah berubah dan semuanya menggunakan media sosial, jadi saya rasa ini salah satu inisiatif Kerajaan Negeri yang sangat baik,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu Mahsuri Ahmad, 56, platform media sosial percuma itu perlu dimanfaatkan semua pihak dan bukan hanya rakyat Negeri Melaka sahaja.

“Antara maklumat yang paling saya tunggu adalah hebahan atau pemakluman berhubung inisiatif untuk membantu memajukan lagi kami penjaja dan peniaga kecil, jadi tidak ketinggalan selain boleh terus membuat permohonan jika sudah dibuka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

180
Kongsi :
Previous post Ustaz Abdul Somad dilantik Profesor Adjung UNIMEL
Next post Pastikan orang buta celik al-Quran, Zakaria tokoh warga istimewa Melaka
Ubah saiz-+=