Sorting by

×

Anak muda perlu ikuti Telegram MyMelaka News

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 4 Julai – Generasi muda di Negeri Melaka disaran untuk mengikuti saluran Telegram MyMelaka News bagi mendapatkan pelbagai informasi dan berita mengenai Negeri Melaka.

Balqis Mahat, 22, berkata, saluran itu perlu dipromosikan secara meluas kepada golongan belia sepertinya dalam usaha menangkis penyebaran berita palsu dan negatif mengenai Negeri Melaka.

“Generasi muda adalah golongan yang dekat dengan penggunaan media sosial, jadi saluran seperti ini perlu diperluaskan kepada golongan muda supaya mereka cakna dengan perkembangan semasa yang tepat dan betul,” katanya.

Seorang usahawan muda, Mohd Farhan M. Osman, 21, turut mengakui saluran MyMelaka News sebagai langkah terbaik Kerajaan Negeri dalam menyebar luas segala inisiatif secara terus kepada rakyat.

“Apabila mengetahui mengenai saluran Telegram ini, saya terus mengikutinya kerana bagi saya sebagai peniaga kecil ia amat membantu dalam mendapatkan maklumat dan memperluaskan perniagaan,” katanya yang ebrasal dari Batu Berendam.

Sementara itu, seorang warga emas Jamilah Abas, 62 yang berasal dari Merlimau, berhasrat untuk menyebarkan saluran berkenaan kepada rakan-rakan kerana menyifatkannya sebagai satu inisiatif yang baik diperkenalkan Kerajaan Negeri.

“Saya akan berkongsi kepada sahabat yang lain kerana bagi saya laman ini sangat relevan dan diperlukan untuk mengetahui segala maklumat dan program yang dianjurkan di Melaka dengan lebih pantas dan mudah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

157
Kongsi :
Previous post Melaka bakal miliki hospital wanita dan kanak-kanak
Next post MBMB serius tangani masalah anjing liar
Ubah saiz-+=