
Sidang DUN Melaka bawa 193 soalan
AYER KEROH 28 Jun – Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas yang bersidang pada Julai ini akan membawa sebanyak 193 soalan secara keseluruhan.
Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum berkata ia merangkumi sebanyak 103 soalan lisan dan 90 soalan bertulis yang akan dibentangkan bermula 9 hingga 11 Julai ini.
“Hari pertama persidangan akan bermula dengan pertanyaan soalan-soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan sehingga hari akhir persidangan.
“Manakala pada hari terakhir terdapat perbahasan oleh Adun-Adun yang diberikan peluang untuk berbahas mengikut masa ditetapkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat dua usul akan dibentangkan pada persidangan kali ini.
“Dua usul itu adalah Kumpulan Wang Amanah Hartanah Bumiputera dan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Daripada Musaadah,” katanya.
Pada Mac lalu pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI LAMAN TIGA BUDAYA
ASAHAN 31 Mac - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi-manda bersama tiga lagi rakannya dalam kejadian di air terjun...
85 JUADAH DIHIDANGKAN DI SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA
BUKIT PALAH 31 Mac - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat kebangsaan yang diadakan di Melaka pada 5 April...
DUN PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA
PAYA RUMPUT 31 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput akan menjadi DUN pertama membuka tirai penganjuran Rumah Terbuka...
‘BAKSO TIPAH’ JUADAH ISTIMEWA AIDILFITRI KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT PAYUNG
ALOR GAJAH 31 Mac - Setiap kali tibanya Syawal, masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Payung tidak terkecuali daripada kemeriahan...
RAMADAN, SYAWAL TERINDAH BUAT NUR HAURA JANE
KESIDANG 31 Mac - Pengalaman pertama kali berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini memberi pengalaman amat indah buat...
PENIAGA BAZAR IKONIK BANDA HILIR UCAP TERIMA KASIH KEPADA KETUA MENTERI
BANDA HILIR 31 Mac - Meskipun keputusan Kerajaan Negeri memindahkan tapak penganjuran Bazar Aidilfitri Jalan Hang Tuah ke Banda Hilir...