‘Influencer’ Mashy suntik motivasi peserta NTW 2024
PENGKALAN BATU 27 Jun – Pempengaruh media sosial, Mashy antara penceramah yang diundang bagi berkongsi pengalaman bersama peserta Karnival National Training Week (NTW) 2024 Edisi Wilayah Selatan di Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka (MISDEC), di sini, semalam.
Mashy atau Masitah Mohd Afandy yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan menyampaikan ceramah bertajuk ‘From Darkness To Light: Finding Purpose and Passion as a Vision-Impaired Individual’.
Pelbagai perkongsian menarik telah disampaikan kepada kira-kira 200 peserta menghadiri karnival itu yang bertujuan memberikan motivasi mengenai bidang pekerjaan diceburi.
Mashy, turut berkongsi pengalamannya sebagai pekerja normal dan kini tetap meneruskan perjuangan biarpun kehilangan penglihatan selepas terbabit kemalangan jalan raya pada 2023.
Rata-rata peserta memberikan tumpuan penuh pada sesi tersebut dengan suntikan dan perkongsian baharu dalam memantapkan motivasi mereka terhadap pelbagai bidang yang diceburi.
Perkongsian selama sejam itu diakhiri dengan sesi soal jawab dan bergambar membabitkan peserta serta penceramah undangan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PEMANDU, KELINDAN MAUT LORI JATUH GAUNG
KUANTAN 7 Januari - Seorang pemandu dan kelindannya maut selepas lori membawa muatan besi dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung...
TUNGGU PENGUMUMAN SYARAT PERMOHONAN KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 7 Januari - Individu atau pasangan pengantin berminat untuk menyertai kursus perkahwinan percuma yang diperkenalkan Kerajaan Negeri perlu...
PERKASA AGENDA WANITA
AYER KEROH 7 Januari - Lebih banyak program berimpak tinggi yang berkaitan wanita akan dianjurkan sepanjang tahun ini, kata Exco...
REMAJA 17 TAHUN HILANG SEJAK 29 DIS DITEMUKAN SELAMAT DI CHERAS
SEPANG 7 Januari - Remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Dis lepas ditemukan dalam keadaan selamat...
MELAKA HASRAT GUBAL UNDANG-UNDANG KECIL PBT BERHUBUNG PEMASANGAN QR PADA TERNAKAN
KUALA LUMPUR 7 Januari - Kerajaan Melaka berhasrat mewujudkan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menghendaki pemilik ternakan memasang...
WRUR MEDAN BERJUMPA EMPAT MATA BERSAMA PEMIMPIN
KUALA LINGGI 7 Disember - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bermula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, membuka...