
Pegawai Tourism Malaysia positif COVID-19
PUTRAJAYA 26 Nov. – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengesahkan seorang pegawai Tourism Malaysia, sebuah agensi di bawahnya, yang bertugas di ibu pejabat kementerian di sini didapati positif COVID-19.
Berikutan itu, MOTAC berkata semua pegawai dan kakitangan kementerian yang bertugas di bangunan ibu pejabatnya diarahkan menjalani kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah berkuat kuasa hari ini.
“Bagi menangani penularan wabak pandemik COVID-19, bangunan MOTAC di Putrajaya telah disanitasi pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) pada petang Rabu (semalam),” kata MOTAC dalam satu kenyataan.
Menurut MOTAC, KKM turut mengesahkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri bukan kontak rapat serta tiada kontak secara langsung dengan pegawai terbabit.
Selain itu, ujian calitan yang dijalani Nancy pada petang semalam turut mengesahkan menteri berkenaan negatif COVID-19, demikian menurut kenyataan tersebut.
Bagaimanapun menurut MOTAC, sebagai langkah berjaga-jaga Nancy akan menjalani satu lagi ujian calitan pagi ini.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...