Warga emas dikhuatiri lemas di Tasik Biru Chin Chin

Masa Membaca:50 Saat

JASIN 24 Jun – Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di Tasik Biru Chin Chin selepas dipercayai tidak pulang ke rumah sebaik keluar pada jam 9 pagi tadi.

Ia susulan penemuan motosikal jenis Yamaha Legenda dan sepasang selipar berwarna biru yang dipakai Jamaludin Bon Abdul Hamid, 68, oleh orang awam di tebing tasik berkenaan.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Noorsyahlan Omar berkata, pihaknya menerima panggilan terus ke balai pada jam 7 petang tadi dan menggerakkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin ke lokasi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian pada jam 7.12 malam, pihak bomba telah menerima maklumat daripada pihak polis terdapat seorang lelaki berumur 68 tahun dikhuatiri lemas di tasik.

“Operasi masih diteruskan untuk mencari mangsa di tasik berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang maklumat tujuan mangsa ke tasik berkenaan.

“Warna baju yang dipakai mangsa juga masih belum dikenal pasti setakat ini,” katanya.

-BERITA LANJUT MENYUSUL-

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

776
Kongsi :
Previous post Fattah Amin sedia dalami watak Hang Tuah
Next post Industri perkilangan Melaka perlu cakna alam sekitar
Ubah saiz-+=