Diego Maradona meninggal dunia

Masa Membaca:22 Saat

BUENOS AIRES, 26 Nov (Bernama) — Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona meninggal dunia pada Rabu, lapor agensi berita Sputnik memetik penyiar Argentina TN.

Juara Piala Dunia 1986 itu berusia 60 tahun.

Beliau dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan pada 30 Oktober, tetapi kemudiannya diumumkan  telah menjalani satu pembedahan di bahagian kepala. Maradona dibenarkan pulang pada 12 November.

Sementara itu, Agensi Anadolu melaporkan Maradona meninggal dunia setelah mengalami serangan jantung di rumahnya di Tigre, Argentina.

— BERNAMA

Views:

818
Kongsi :
Previous post Laporan semasa banjir Daerah Alor Gajah setakat jam 8 pagi
Next post Terharu terima rumah baharu
Ubah saiz-+=