MPJ – UTeM laksana projek inovasi pakaian seragam
JASIN 20 Jun – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerima lawatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi sesi perkongsian Projek Inovasi Pemprosesan Imej Bagi Penggantian Pakaian Seragam, hari ini.
Lawatan daripada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KK) Smartsoul UTeM ini diketuai Dr. Hazriq Izzuan Jaafar dan rakan-rakannya Mohd Nizam Mazlan, Zulaikha Md Radzai, Suhaza Syaza Safiee serta Azie Rasid.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi MPJ, lawatan itu bertujuan melaksanakan sesi perkongsian projek inovasi bersama MPJ iaitu penggantian pakaian seragam melalui pelaksanaan pemprosesan imej.
Menurutnya projek inovasi itu juga bagi menentukan spesifikasi kategori penggantian pakaian seragam yang telah diluluskan di peringkat universiti.
Terdahulu ketibaan delegasi KK Smartsoul UTeM disambut oleh Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari dan Pengarah Pengurusan MPJ, Nur Farah Liza Omar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
APA YANG ‘BEST’ BILA LARUT MALAM DI SUNGAI MELAKA?
BANDARAYA MELAKA 6 Januari - Melaka Bila Larut Malam kembali lagi pada 2025 dalam merancakkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025...
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...
3 DENAI SUNGAI JADI PUSAT RIADAH BAHARU DI MELAKA
KUALA LINGGI 6 Januari - Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelaksanaan tiga projek Denai Sungai...