
PKPD di Taman Perumahan mukim Sungai Seluang, Kulim bermula Jumaat
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di beberapa taman perumahan di Mukim Sungai Seluang, Kulim, Kedah bermula Jumaat ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata PKPD itu membabitkan kira-kira 6,000 penduduk di 1,412 rumah yang tinggal di Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkong 1, Taman Kangkong 2, Taman Halia, Taman Cekur Manis, Taman Kobis, Taman Sawi dan Taman Seri Limau.
“Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan 197 ujian saringan secara bersasar dan sebanyak 50 kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti ini.
“Berdasarkan penilaian risiko dan nasihat KKM, PKPD akan dikenakan di lokaliti ini selama 14 hari bermula 27 Nov hingga 10 Dis ini,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.
Beliau berkata susulan itu, semua penduduk perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan antaranya tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD kecuali bagi kes kecemasan selain penutupan sekolah, masjid dan rumah ibadat lain.
–BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...