Muafakat Aidiladha masyarakat DUN Tanjung Bidara
TANJUNG BIDARA 18 Jun – Program rogram Ibadah Korban Berkelompok Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, berlangsung meriah apabila disertai lebih 500 penduduk kampung.
Program yang merupakan acara tahunan itu dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Menariknya, sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, sebanyak 26 ekor lembu telah ditumbangkan di DUN berkenaan.
Permuafakatan masyarakat di Tanjung Bidara jelas kelihatan apabila segenap lapisan usia turut bersama melapah dan membungkus daging korban sebelum diagihkan kepada masyarakat dan asnaf.
Agihan daging korban itu melibatkan 14 cawangan kampung dalam DUN Tanjung Bidara, selain anggota polis di seluruh Negeri Melaka serta Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KAMPUNG DIGITAL JADI PENANDA ARAS PROJEK SISTEM ALAMAT NASIONAL
KUALA LUMPUR 6 Januari - Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM) akan dijadikan 'projek rintis' bagi Sistem Alamat Nasional (NAS) bertujuan...
LURUAN MONSUN: HUJAN LEBAT, BERTERUSAN DI TIMUR, SELATAN SEMENANJUNG MULAI KHAMIS
KUALA LUMPUR 6 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan berterusan yang dijangka melanda bahagian timur...
DANA RM3.37 JUTA MANTAPKAN SISTEM KAMPUNG DIGITAL
KUALA LUMPUR 6 Januari - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meluluskan dana berjumlah RM3.37 juta bagi pembiayaan inisiatif Kampung...
KLINIK KESIHATAN KUALA SUNGAI BARU BAKAL DILENGKAPI LIF
KUALA LINGGI 6 Januari - Klinik Kesihatan (KK) Kuala Sungai Baru bakal dilengkapi kemudahan lif, bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan...
PEMANDU JKR MAUT DALAM PERJALANAN KE TEMPAT KERJA
ALOR GAJAH 6 Januari - Seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti...
PELAKSANAAN KAMPUNG DIGITAL SUDAH DI PERINGKAT AKHIR
KUALA LINGGI 6 Januari - Transformasi kampung tradisional kepada Kampung Digital sudah berada di peringkat akhir apabila sebanyak 657 buah...