Sorting by

×

Pameran Hang Tuah ‘buka mata’ murid, pelajar sekolah

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

AYER KEROH 18 Jun – Pameran Hang Tuah yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, menjadi lokasi terbaik untuk murid dan pelajar mempelajari sesuatu yang baharu.

Norwati Bakar, 43 yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil berkata, pameran berkenaan mampu memberi nilai tambah dan motivasi kepada pelajar daripada peristiwa-peristiwa sejarah suatu masa dahulu.

“Pada saya, program ini amat baik kerana ia juga mampu memupuk semangat patriotisme dan semangat ingin tahu tentang kisah pahlawan agung suatu masa dahulu dan warisan negara.

“Malah, sebagai guru, kita turut menjadikan pameran ini sebagai sebahagian daripada pembelajaran yang mana pelajar yang datang akan mengambil gambar dan menerima markah untuk kokurikulum di peringkat sekolah.

“Alhamdulillah, reaksi pelajar sangat baik kerana mereka dapat mempelajari banyak perkara baharu, sekali gus membuyka ruang untuk mereka berfikir,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Photo1718438129
NORWATI

Pameran Hang Tuah akan diadakan selama sebulan bermula 14 Jun hingga 7 Julai depan bertempat di Hall A, MITC.

Pameran itu dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 6 petang, kecuali Jumaat hingga Ahad yang dilanjutkan waktu sehingga jam 10 malam.

Bayaran tiket masuk yang dikenakan juga amat berpatutan iaitu RM15 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak, manakala pelancong asing dewasa dikenakan RM20 dan RM10 (kanak-kanak).

Menariknya, pengunjung yang datang dapat menyaksikan enam segmen yang disediakan dalam pameran tersebut.

Ia merangkumi Kegemilangan Empayar Melaka; Riwayat Hidup Hang Tuah; Hang Tuah Sebagai Tokoh Diplomatik; Hang Tuah Melalui Manuskrip; Ruang Audio Visual dan Legasi Hang Tuah.

Di sini juga, pengunjung dapat melihat manuskrip Hikayat Hang Tuah dalam pelbagai bahasa, selain replika meriam terbesar Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu ‘Peca de Malacca’ yang ditemukan di Muzium Militari Lisbon, Portugal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

261
Kongsi :
Previous post Dua pengarah syarikat didenda miliki kelengkapan komunikasi tidak diperakui
Next post Semakin ramai anak muda sertai ibadah korban
Ubah saiz-+=