PM sumbang 35 lembu buat warga Felda

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

MACHAP JAYA 17 Jun – Sebanyak 35 ekor lembu disumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi pelaksanaan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha, tahun ini.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kesemua lembu itu diagihkan kepada 11 wilayah di bawah Felda agar warga peneroka dapat mengambil ibrah daripada ibadah haji.

Katanya, sumbangan lembu itu adalah antara inisiatif yang diberi perhatian oleh Perdana Menteri dalam usaha memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat.

“Daripada 35 ekor lembu ini setiap satu wilayah akan dapat tiga ekor lembu untuk dilaksanakan ibadah korban serta diagihkan kepada penduduk Felda.

“Ini sejajar dengan konsep Malaysia Madani untuk memastikan kesejahteraan misalnya dapat disemarakkan hingga ke akar umbi,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Korban Hari Raya Aidiladha Felda Hutan Percha, yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Datuk Mohd Banuri Aris.

Menurutnya, kemeriahan ibadah korban dapat dilihat apabila warga Felda bersama-sama bergotong-royong menjayakannya.

“Kita dapat melihat kemeriahannya apabila semua orang termasuk pihak masjid berkumpul dan secara tidak langsung jelas kelihatan suasana muhibah dan harmoni dalam kalangan rakyat setempat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

136
Kongsi :
Previous post Ibadah korban Hutan Percha meriah
Next post Warga emas rugi RM2.27 juta terpedaya pelaburan diiklankan melalui WhatsApp
Ubah saiz-+=