Sorting by

×

‘Ab Rauf mudah mesra dengan orang kampung’

Masa Membaca:56 Saat

MASJID TANAH 17 Jun – “Walaupun beliau (Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh) memegang jawatan besar, namun pergaulannya dengan penduduk kampung tidak ada jurang atau batasan,” kata Imran Asnawi Sabri,66.

Pengerusi Masjid Ar-Razak Kampung Pulau ini berkata, sikap Ab Rauf yang gemar menyantuni penduduk tidak pernah berubah sejak dahulu lagi.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri yang selalu datang berjumpa kita (rakyat) terutama pada Hari Raya Aidiladha begini biarpun sibuk menjalankan tugas.

“Keperibadiannya sebelum dan selepas menjadi Ketua Menteri masih sama, beliau sanggup ketepikan protokol supaya lebih mesra dengan orang kampung,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di masjid berkenaan di sini, hari ini.

Bagi Asnah Ismail, 49, keperibadian Ab Rauf yang mesra dan mudah disapa membuatkan penduduk tidak kekok untuk beramah-mesra.

“Setiap tahun memang saya menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid ini, alhamdulillah penduduk di sini silaturahimnya sangat erat.

“Begitu juga dengan Datuk Seri Utama Ab Rauf yang sentiasa mesra dengan penduduk setiap kali turun padang.

“Bagi  saya beliau memang akrab dengan penduduk kampung sejak dahulu, memang rasa seronok bila bertemu beliau,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

139
Kongsi :
Previous post Ibadah korban lambang penyatuan masyarakat – KM
Next post Ibadah korban Hutan Percha meriah