
Ketua Menteri sumbang 8,000 minuman percuma buat pengunjung
AYER KEROH 15 Jun – Air buah Melaka atau minuman gusberi merupakan antara 8,000 minuman percuma diagihkan buat pengunjung yang memeriahkan sambutan Malaysia Bike Week Melaka 2024 di Pekarangan MCORP, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat Ketua Menteri, Datuk Muhammad Ahyad Abdullah berkata, minuman percuma itu merupakan sumbangan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada pengunjung yang memeriahkan sambutan berkenaan.
Jelasnya, gerai dinamakan ‘Khemah Dak Raop’ yang dibuka sejak 8.30 pagi itu menerima sambutan daripada pengunjung yang tidak melepaskan untuk menikmati minuman percuma khususnya air buah melaka.
“Kita menawarkan sesiapa sahaja yang ingin menikmati minuman percuma di sini di mana selain air buah melaka pelbagai minuman lain diagihkan seperti minuman dalam tin dan air mineral.
“Peluang ini hanya diberikan percuma sahaja pada hari ini dan kini lebih 7,000 minuman percuma telah diagihkan buat orang ramai yang datang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...
ORANG ASLI TEBONG STESYEN, KUBANG BADAK BAGAIKAN ‘KELUARGA’ KETIKA AIDILFITRI
MACHAP JAYA 2 April - Tradisi ziarah menziarahi di perkampungan Orang Asli Kubang Badak dan Kampung Orang Asli Tebong Stesyen...
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...