20,000 ‘bikers’ dari 100 kelab gamatkan MITC

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 15 Jun – ‘Bikers’ daripada 100 kelab permotoran tempatan dan antarabangsa termasuk Singapura, Thailand dan Indonesia berhimpun bagi bersama-sama memeriahkan Malaysia Bike Week Melaka 2024, di Dataran Perbadanan Melaka (MCORP), di sini, hari ini.

Perasmian acara permotoran antarabangsa itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Yang turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Selain pameran pelbagai model motosikal, turut berlangsung pelbagai aktiviti menarik seperti Motor Drift, Bike Show dan cabutan bertuah menawarkan hadiah Proton X50 serta 10 unit otosikal.

Malaysia Bike Week Melaka 2024 merupakan antara penganjuran utama negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menyasarkan lebih 20,000 pengunjung dan peminat sukan permotoran dari dalam dan luar negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

322
Kongsi :
Previous post Lebih 3,000 pengunjung meriahkan Pameran Hang Tuah
Next post Seni silat, keris jadi produk pelancongan Melaka – KM
Ubah saiz-+=