Sultan Ibrahim mencemar duli melawat Banda Hilir
BANDA HILIR 14 Jun – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli melawat ke sekitar Bangunan Stadthuys, di sini, hari ini.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda pada jam 6.30 petang itu diiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Turut bersama pada lawatan itu, Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.
Sultan Ibrahim meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat ke sekitar lokasi pelancongan popular Negeri Melaka itu.
Pada lawatan itu, Seri Paduka Baginda turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan yang diadakan sebagai penyeri Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Yang di-Pertuan Agong juga sempat beramah-mesra dan menyantuni pelancong serta pengunjung di Banda Hilir sebelum berangkat lepas kira-kira jam 6.45 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERMOHONAN ANJUR BAZAR RAMADAN DITUTUP 15 DISEMBER DEPAN
PAYA RUMPUT 24 November - Permohonan menganjurkan bazar Ramadan tahun 2025 di kesemua empat Pihak Berkuasa tempatan (PBT) akan ditutup...
KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERAS KETEGUHAN KERAJAAN PERPADUAN DI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 24 November - Kepercayaan dan keyakinan rakyat menjadi teras utama Kerajaan Perpaduan bertahan di Melaka selama dua tahun....
KOLAM TAKUNGAN AIR DI BUKIT RAMBAI BAKAL DIBINA, ATASI BANJIR 25 TAHUN
PAYA RUMPUT 24 November - Sebuah kolam takungan air dicadangkan dibina di Bukit Rambai, sebagai usaha jangka masa pendek mengatasi...
KPKM SEDANG SUSUN JAWATANKUASA KHAS TANGANI KEKURANGAN BERAS PUTIH TEMPATAN
SHAH ALAM 24 November - Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan...
POLIS SIASAT LELAKI ROSAKKAN MOTOSIKAL
GEORGE TOWN 24 November - Polis sedang menyiasat satu kes berhubung perbuatan khianat oleh seorang lelaki yang merosakkan motosikal, selepas...
BANJIR DI SEKITAR BUKIT RAMBAI, PENDUDUK DAKWA AIR NAIK DENGAN PANTAS
MELAKA 24 November - Penduduk di sekitar kawasan Bukit Rambai di sini yang terjejas akibat banjir mendakwa air naik ke...