Sorting by

×

MAIM bantu mangsa kemalangan, hilang upaya

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

TANGGA BATU 13 Jun – Skuad Sukarelawan Al-Taqwa, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) meneruskan misi mendekati golongan yang memerlukan menerusi siri ziarah ke empat rumah asnaf sekitar Tangga Batu, hari ini.

Pada sesi ziarah yang pertama, MAIM menyantuni Sabri Sazali, 29 di Sungai Udang kini menderita akibat strok selepas terbabit kemalangan sembilan tahun lalu.

Selain pergerakan terbatas akibat strok, Sabri dijaga ibu Rosnah Yusuf, 57 dan bapa Sazali Ismail, 64, juga mengalami masalah lupa ingatan akibat hentakan kuat di kepala ketika kemalangan.

Bagi memudahkan ibu bapanya mengurskan Sabri, MAIM menyumbangkan sebuah mesin pengangkat elektrik atau ‘electric hoist’ selain turut menyampaikan bantuan susu, lampin dan wang tunai RM300.

Seterusnya, MAIM menziarahi Mohd Isa Salim, 58, di kediamannya di Taman Rambai Jaya yang terlantar akibat kemalangan beberapa bulan lalu.

Pada sesi ziarah itu MAIM menyerahkan sebuah katil rawatan jenis ‘3 crank’ bagi memudahkan rawatan pemulihan Isa.

Mengakhiri sesi ziarah hari ini, Sukarelawan Al-Taqwa digerakkan ke dua buah rumah di Taman Seri Mangga dan Taman Kesidang bagi menyerahkan beberapa barangan bantuan seperti tilam angin, kerusi roda dan lampin pakai buang.

Sebarang bentuk pertanyaan mengenai bantuan MAIM, boleh hubungi Bahagian Islam MAIM di talian 06-283 7416.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

128
Kongsi :
Previous post Ibu bapa Zayn Rayyan beredar selepas bayar ikat jamin
Next post Kenduri durian, tarikan Melaka Agrofest 2024
Ubah saiz-+=