
Bas ekspres langgar pembahagi jalan, tujuh cedera ringan
KUALA LUMPUR, 12 Jun – Tujuh penumpang termasuk pemandu cedera ringan apabila bas ekspres terbabas lalu melanggar pembahagi jalan selepas Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Kuala Lumpur di sini awal pagi tadi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohammad Yusri Aziz berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melibatkan bas menghala ke Kuala Lumpur itu pada 6.17 pagi.
Beliau berkata seramai empat anggota bersama sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Menjalara digerakkan ke lokasi sejurus panggilan diterima.
“Semua mangsa yang berada di dalam bas berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan selamat,” menurut kenyataan itu.
Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...