Ikut peraturan niaga, elak kena sita – MPJ

Masa Membaca:52 Saat

JASIN 10 Jun – Sebanyak 18 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) terhadap peniaga yang dikesan menjalankan perniagaan tanpa lesen di kawasan awam setakat ini.

Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan berkata daripada jumlah itu dua peniaga atau Orang Kena Kompaun (OKK) telah dikenakan tindakan sitaaan barangan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja & Gerai MPJ Tahun 2011.

“Tindakan sitaaan ini dilakukan setelah OKK gagal menjelaskan kompaun dan mengulangi kesalahan yang sama walaupun telah dinasihati beberapa kali.

“Mana-mana peniaga yang ingin menuntut barangan sitaan mereka dikehendaki membuat permohonan rasmi tuntutan kepada MPJ dalam tempoh tujuh hari dari tarikh sitaan.

“Ia tertakluk kepada kadar bayaran bagi kompaun maksimum RM1,000, fi pemindahan barang sebanyak RM100 dan fi penyimpanan barangsebanyak RM25 sehari,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, kompaun diberikan itu atas kesalahan melibatkan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

“Lesen perniagaan mereka yang sedia ada tidak akan ditarik, cuma kita nasihatkan mereka supaya mengikut undang-undang yang telah ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

103
Kongsi :
Previous post Insentif Bijak Sejarah wajar diteruskan
Next post Jenazah Dahlia Ahmad selamat dikebumikan
Ubah saiz-+=