Terapi minda di Laman Tiga Budaya

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad

ASAHAN 8 Jun – Bagai berada di tiga negeri pada satu masa. Itu keunikan yang hanya terdapat di Laman Tiga Budaya, di sini.

Tarikan pelancongan yang terletak di sempadan Melaka, Johor dan Negeri Sembilan itu mempunyai keunikan tersendiri kerana bukan sahaja menjadi titik pertemuan antara tiga negeri, malah kedudukannya di kaki Gunung Ledang menjadikannya lokasi menarik untuk dilawati.

Perjalanan ke sini juga tidaklah sesukar mana, kerana ia terletak di tepi laluan utama  yang menghubungkan kawasan Tangkak di Johor dan Jasin di Melaka.

Tidak hairanlah Laman Tiga Budaya kini menjadikan destinasi popular untuk kaki ‘hiking’ mendaki Gunung Ledang dari sebelah utara kerana ia menjadi ‘checkpoint’ pertama mereka.

Img 20240608 025935 197
ANTARA kawasan penginapan yang terdapat di sini. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Mengikut cerita lama, kawasan ini dikatakan menjadi lokasi bermulanya usaha Hang Tuah membawa titah Sultan Melaka pada waktu itu untuk meminang Puteri Gunung Ledang.

Kawasan inilah bermulanya pahlawan legenda Melayu itu mendaki gunung terbabit bagi membawa hajat sultan.

Img 20240608 025958 466BERADA di tiga negeri pada satu masa. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Jika ke sini, pengunjung juga dapat melihat batu sempadan tiga negeri yang menjadi ‘port’ wajib untuk bergambar.

Mana tidaknya, di sinilah mereka dapat merakam momen-momen istimewa berada untuk di daerah Tangkak,Johor; daerah Jasin, Melaka dan daerah Gemas, Negeri Sembilan dalam satu masa.

Keunikan itu menyerlahkan lagi potensi dan keunikannya kawasan ini sebagai anrara destinasi wajib dikunjungi jika datang ke Melaka.

Img 20240608 031618 819
PEMANDANGAN indah berlatarbelakangkan Gunung Ledang. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Selain itu, anda juga akan disajikan dengan keindahan flora dan fauna, selain pemandangan gunung yang akan mempesonakan siapa sahaja yang berkunjung ke sini.

Jika mahu bermalam, jangan risau, di sini juga tersedia chalet dan tapak glamping yang selesa dan kondusif untuk pengunjung.

Ia juga menjadi lokasi tepat untuk merasai kesegaran dan kedinginan suasana pagi dari kaki gunung.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

221
Kongsi :
Previous post Agihan korban perlu adil, elak fitnah – Mufti Melaka
Next post 32 pasukan berentap dalam saingan Liga Melaka 2024
Ubah saiz-+=