Hidup bersatu-padu, jadikan Melaka negeri contoh

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 5 Jun – Rakyat di negeri ini diharap dapat mengekalkan keharmonian dengan hidup bersatu-padu dan mengelakkan perpecahan yang hanya membawa kepada kerugian.

Itu harapan Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersempena penggal kedua beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Oleh itu, Tun Dr. Mohd Ali menyarakan kepada semua rakyat negeri ini menghayati prinsip Rukun Negara dalam mempertahankan keamanan yang dicapai selama ini.

“Walaupun kita hidup dalam negeri berbilang kaum, salinglah bantu membantu sesama kita supaya Melaka dapat menjadi contoh terbaik di negara ini.

“Melaka merupakan di mana negara kita bermula dan kita juga mempunyai sejarah baik hubungan antara kaum, jadi marilah kita bekerjasama dan bersatu-padu.

“Kita juga perlu melihat perbezaan itu sebagai satu kekuatan dalam menumpukan kepada kehidupan yang lebih baik demi masa depan diri kita dan anak cucu kita,” katanya pada wawancara khas bersama Melaka Hari Ini bersempena pelantikan penggal kedua sebagai Yang di-Pertua Negeri, di pejabatnya.

Ditanya mengenai harapan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri, Tun Dr. Mohd Ali berharap kepimpinan yang ada sekarang dapat terus memberikan yang terbaik untuk rakyat dan negeri ini.

Beliau turut menekankan kepada keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab, selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

246
Kongsi :
Previous post Lihat artifak, sumber baharu Hang Tuah di MITC selama sebulan
Next post Gotong-royong perindah Taman Rekreasi Bukit Beringin
Ubah saiz-+=