Bantu transformasi peniaga Pahlawan Walk

Masa Membaca:56 Saat

SERI NEGERI 5 Jun – Membantu meningkatkan kualiti perniagaan dan pengurusan kewangan 185 usahawan di Uptown Pahlawan Walk menerusi kerjasama dengan Bank Rakyat, antara aspek diberikan penekanan oleh Kerajaan Negeri sepanjang kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, kerjasama itu juga selaras hasrat kerajaan untuk melihat lebih ramai peniaga beralih kepada urusniaga secara digital dengan memanfaatkan kemudahan e-dompet dan aplikasi bayaran tanpa tunai yang lain.

“Menerusi kerjasama ini juga, usahawan berpeluang untuk membuka akaun perniagaan Bank Rakyat dengan bayaran serendah RM150 sahaja.

“Kerjasama ini turut memberikan penekanan kepada aspek meningkatkan tahap keceriaan dengan menyediakan khemah baharu agar lebih seragam, selesa untuk peniaga serta pengunjung,” katanya kepada Melaka Hari ini.

Mengulas lanjut Allex berkata, pihaknya juga sedang menunggu kelulusan daripada agensi terlibat seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berhubung cadangan untuk menyeragamkan keluasan petak perniagaan.

“Saya berharap selepas ini banyak lagi institusi kewangan atau pihak swasta tampil untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan inisiatif yang memberikan manfaat kepada peniaga dan penjaja kecil seluruh Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

139
Kongsi :
Previous post Saran Melaka jadi pengeluar produk berteknologi tinggi
Next post “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” dipilih tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2024
Ubah saiz-+=