Melaka promosi pelancongan kesihatan di Batam

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 4 Jun – Kerajaan Negeri bersama tiga hospital swasta di negeri ini mengambil peluang untuk mempromosikan sektor pelancongan kesihatan di Batam, Indonesia.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, peluang itu dimanfaatkan menerusi penyertaan pada Asita Mega Tourism Expo 2024 di Mega Mall Batam Centre, baru-baru ini.

Beliau berkata, tiga hospital swasta Melaka yang menyertai ekspo berkenaan adalah Putra Specialist Hospital Melaka, Oriental Melaka Straits Medical Centre dan Pantai Hospital Ayer Keroh.

“Menerusi ekspo ini, kesemua tiga hospital swasta itu telah menyertai segmen Business To Costumers (B2C) dengan membuka reruai di pusat beli belah berkenaan, selain memberi peluang kepada penduduk menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Selain itu, Putra Specialist Hospital Melaka turut menyertai segmen Business To Business (B2B) untuk mempromosikan pakej pelancongan kesihatan kepada ejen pelancongan dan kembara di Indonesia.

“Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital Melaka Mohd Zahiruddin Ahmad turut tidak melepaskan peluang memberi pendedahan mendalam mengenai pelancongan kesihatan kepada orang ramai yang hadir pada ekspo berkenaan,” katanya.

Hee Sem berharap, penyertaan Melaka pada ekspo berkenaan dapat membantu Kerajaan Negeri menarik lebih ramai pelancong lebih-lebih lagi sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

117
Kongsi :
Previous post Kes Zayn Rayyan: 3 individu termasuk bekas pengasuh beri keterangan
Next post Tahun keempat MAIM salur bantuan Aidiladha untuk mualaf
Ubah saiz-+=