Moyang Harley Davidson 100 tahun

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

KOTA LAKSAMANA 3 Jun – Lampu utama masih menggunakan karbaid sebagai bahan bakar, itulah antara ciri unik masik dikekalkan pada motosikal Harley Davidson model X generasi V Twin keluaran 1920 milik Chua Jim Kheng, 66.

Meskipun sudah berusia kira-kira 104 tahun jentera kesayangan Jim Kheng itu jarang beronar dan memberikan pengalaman menunggang yang berbeza berbanding motosikal moden ketika ini yang sudah banyak beralih kepada sistem digital.

Jim Kheng berkata, motosikal berkenaan adalah antara 12 jentera dua roda dalam koleksi yang paling disayangi selepas dibeli pada 1992.

Menurutnya, lampu karbaid masih berfungsi dengan baik menambahkan lagi nilai sentimental dan keunikan yang ada pada motosikal tua itu.

Pesara Rejiman Askar Wataniah berasal dari Batu Berendam ini berkata, dia sanggup berhabis ratusan ribu ringgit bagi mendapatkan jentera unik yang juga hobinya selepas tamat perkhidmatan.

Img 20240602 192441 468
LAMPU karbaid yang menjadi sumber cahaya masih berfungsi dengan baik.

“Minat terhadap motosikal ini bermula sejak saya berusia belasan tahun lagi, selain model keluaran Harley Davidson saya juga memiliki motosikal klasik lain antaranya jenama BSA, Ariel, Norton, Honda dan Matchles.

“Motosikal klasik ini saya beli daripada seorang lelaki Itali tinggal di Melbourne, Australia pada tahun 1992. Ketika itu motosikal ini tidak lengkap boleh kata 70 peratus komponen tidak ada, jadi saya perlu baiki, cari alat ganti merata tempat temasuk dari luar negara.

“Jentera 100 tahun ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi dan tidak sama seperti motosikal lain. Penyelenggaraannya lebih mudah, lebih kepada sistem mekanikal tanpa bantuan elektrik atau bateri seperti motosikal moden sekarang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Konvoi Malaysia International Classic Bike Festival 2024 (MICBF24) di Bandar Melaka, di sini, semalam.

Img 20240602 192453 498
JIM Kheng bersama motosikal klasik yang dimilikinya sejak 1992.

Terdahulu, seramai 800 penunggang motosikal klasik termasuk dari Indonesia, Singapura dan Brunei berhimpun dan berkonvoi ke beberapa lokasi di seluruh Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

114
Kongsi :
Previous post Lebih 136,000 serbu Banda Hilir sempena cuti sekolah
Next post Penangan Bila Larut Malam, ‘Ponti’ Melaka pun kena ambil ‘OT’
Ubah saiz-+=