Bila Larut Malam: Lebih 5,000 serbu pusat pelancongan Melaka 

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDA HILIR 1 Jun – Dianggarkan lebih 5,000 pengunjung dan pelancong telah menyerbu tempat-tempat pelancongan yang menawarkan tiket serendah RM10 sempena Program Bila Larut Malam.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jumlah itu menunjukkan sambutan hebat terhadap sektor pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Beliau berkata, Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ yang diadakan pada setiap Sabtu pertama setiap bulan diperkenalkan sebagai tarikan terbaharu Negeri Melaka sebaik memasuki pertengahan tahun 2024.

“Saya dimaklumkan di Zoo Melaka sahaja setakat jam 11 malam, lebih 2,000 pengunjung telah membanjiri taman haiwan itu. Begitu juga dengan Melaka River Cruise yang dipenuhi pengunjung dan pelancong.

“Ini memberi satu gambaran positif terhadap sektor pelancongan negeri dan TMM2024 yang sudah memasuki separuh kedua tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Walkabout Bila Larut Malam di sebuah pusat beli-belah di sini, malam ini.

Img 20240601 233843 823
SUASANA meriah di ‘Willmill Pink Market’ Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ di perkarangan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Pengkalan Rama, Melaka. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem; Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

178
Kongsi :
Previous post Lelaki cedera dalam insiden pokok sena tumbang di Bukit Senjuang
Next post Melaka Bila Larut Malam: Tiket Panggung Bangsawan ‘laku keras’
Ubah saiz-+=