Sorting by

×

Terap nilai ikhlas, tanggungjawab ketika laksana tugas

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 31 Mei – Semua pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) diingatkan supaya menerapkan nilai disiplin, ikhlas serta tanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugas diamanahkan kepada mereka.

Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Rahmad Mariman berkata, setiap pekerjaan yang dilaksanakan dengan perasaan bersungguh-sungguh mampu memberikan manfaat secara berterusan kepada individu itu sendiri selain keluarga, masyarakat, agama dan negara.

“Ingat bahawa tugas itu adalah amanah, kerja itu pula adalah ibadah. Jadi laksanakan tugas seharian anda sebagai satu keluarga, jadikan ini sebagai satu amalan dan budaya.

“Sikap membuang masa, melanggar disiplin, mementingkan diri sendiri dan iri hati hendaklah dihakis. Sebagai sebuah keluarga tidak perlu malu untuk saling menasihati antara satu sama lain termasuklah jika mahu meminta atau memberi bantuan apabila diperlukan,” katanya.

Whatsapp Image 2024 05 31 At 3.15.10 Pm

RAHMAD menyampaikan anugerah APC kepada penerima.

Beliau yang juga Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Aspresiasi Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) 2024, semalam.

Menurutnya Rahmad, sesebuah organisasi yang mempunyai warga kerja yang berdisiplin tinggi secara tidak langsung mampu memastikan segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksana dengan teratur.

“Saya amat berharap agar MAIM pada satu masa nanti dapat menjadi sebagai suri teladan kepada agensi lain daripada aspek pengurusan, sikap atau etika.

“Warga yang berdisiplin akan sentiasa dapat menjalankan tugas dengan cemerlang. Disiplin merupakan kunci utama ke arah kecemerlangan dan menjadi asas yang penting dalam usaha mewujudkan perkhidmatan awam yang bersih,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

163
Kongsi :
Previous post Median upah bulanan sektor formal naik 4.9 peratus tahun ke tahun pada Disember 2023
Next post Pekebun kontrak warga Indonesia maut dalam pergaduhan
Ubah saiz-+=