
Melaka Nightlife: Zoo Melaka sedia terima pengunjung
AYER KEROH 31 Mei – Seramai 75 kakitangan Zoo Melaka akan bertugas bagi menjamin kelancaran pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ malam esok.
Pengarah Zoo Melaka Zanariah Khamis berkata, pihaknya amat mengutamakan aspek keselamatan pengunjung sepanjang berada dalam kawasan zoo.
“Pengunjung dalam kalangan kanak-kanak bawah usia tiga tahun, wanita hamil warga emas dan orang kurang upaya (OKU) tidak digalakkan untuk mengikuti aktiviti ini.
“Selain itu aspek keselesaan haiwan juga diambil kira, ini adalah berdasarkan kepada ‘volume’ pengunjung yang tinggi pada 20 Februari lalu,” katanya
Zanariah berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Datin Sapiah Haron yang turun padang meninjau persiapan Program Melaka Bila Larut Malam di Zoo Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...