Aksi Unit Berkuda PDRM antara menarik pada Melaka Bila Larut Malam

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 30 Mei – Persembahan tarian kebudayaan, pementasan jalanan dan aksi Unit Berkuda, Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara aktiviti menarik akan disajikan kepada pengunjung hadir memeriahkan penganjuran Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ 1 Jun ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, lebih menarik Unit Berkuda PDRM dibawa khas dari Kuala Lumpur.

“Unit Berkuda PDRM juga akan melaksanakan kawalan sekitar Zon Bebas Kenderaan, namun jika ada pengunjung berminat untuk bergambar kenang-kenangan tidak menjadi masalah, dibenarkan.

“Penganjuran Melaka Bila Larut Malam pada bulan akan datang kami akan sajikan persembahan atau aktiviti baharu. Biarlah pengunjung atau pelancong menikmati pengalaman manis waktu malam di Melaka, pulang dengan perasaan penuh puas hati,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Photo1704551375
DATUK Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman. Foto Iqmal Haqim Rosman

Melaka Hari Ini pada 26 Mei lalu melaporkan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah melancarkan Program Melaka Bila Larut Malam di hadapan Bangunan Stadhuys, Banda Hilir.

Lebih istimewa Melaka Bila Larut Malam adalah produk pelancongan pertama selepas jam 11 malam dengan menawarkan kemasukan pada harga RM10 ke tujuh lokasi terpilih seperti Zoo Melaka; Menara Taming Sari, Muzium Penjara; Melaka River Cruise; Melaka Floating Market’ Muzium dibawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Panggung Bangsawan Melaka.

Kesemua lokasi berkenaan kecuali Zoo Melaka dibuka kepada orang ramai bermula jam 11 malam hingga dua pagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

116
Kongsi :
Previous post Peniaga, penjaja kecil sedia lanjut operasi hingga 3 pagi
Next post Tangkap anjing terbiar, elak kacau ganggu – MPJ
Ubah saiz-+=