Polis sahkan terima laporan lelaki OKU dipukul pengawal peribadi kenamaan
KUALA LUMPUR, 29 Mei – Polis mengesahkan menerima laporan daripada lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan di lobi sebuah hotel di sini semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya telah membuka siasatan kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
“Setakat ini belum ada tangkapan dan keterangan pengadu akan diambil dalam masa terdekat susulan dia OKU bisu dan masalah pendengaran,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Difahamkan, seorang pemandu e-panggilan membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul pengawal peribadi ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields, semalam.
Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya dari lobi hotel berkenaan.
Pemandu itu menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
HADIAH PENAT LELAH WARGA PPSPM
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Penat lelah dan kerja keras warga Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam merancakkan...
PPSPM TAMBAH DUA LOKASI BAHARU ‘RIVER CRUISE’ TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah dua lagi lokasi...
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...