
Dua sahabat ‘hanyut’ 19 jam
SUNGAI RAMBAI 24 Nov. – Dua sahabat yang sebelum ini dikhuatiri lemas ketika sedang mencari kupang di Kuala Sebatu, Jasin di sini ditemui selamat selepas 19 jam hanyut akibat bot dinaiki kehabisan minyak.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, Khairol Azmi Mohd Adnan, 37, dan rakannya Johari Jalil, ditemui selamat oleh nelayan yang membantu mencari selepas dilaporkan hilang oleh kakak Khairul Azmi pagi tadi.
“Terdahulu, lelaki berkenaan dikatakan keluar mencari kupang di Kuala Sebatu menaiki bot sejak dua petang semalam dan tidak pulang sehingga ke hari ini.
“Kakak pengadu juga telah beberapa kali menelefon adiknya namun tidak berjawab.
“Bagaimanapun, pukul 9.35 pagi tadi pihak polis menerima maklumat kedua-dua mangsa ditemui selamat oleh nelayan dan bot yang kehabisan minyak telah ditarik oleh pihak bomba ke darat melalui Jeti Pengkalan Leban,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Laporan lanjut menyusul
Views:
Related
Berita Lain
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...
PUSAT SEHENTI HUBUNGKAN USAHAWAN MELAKA
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri mewujudkan Pusat Sehenti Usahawan (OSCE) di Aras 5, Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC)...
12 TUNJANG KELESTARIAN MELAKA – KM
SERI NEGERI 28 April - Sebanyak 12 tumpuan digariskan Kerajaan Negeri bagi merencana kelestarian pembangunan Melaka. Ketua Menteri Datuk Seri...
‘JANGAN CUBA-CUBA NIKAH SINDIKET’
SERI NEGERI 28 April - Lelaki Muslim di negeri ini yang bercadang untuk berpoligami diberi amaran supaya tidak menggunakan khidmat...