Melaka Bila Larut Malam: Tiket RM10 boleh masuk empat muzium

Masa Membaca:46 Saat

AYER KEROH 28 Mei – Orang ramai berkunjung ke Melaka pada pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ 1 Jun ini, berpeluang melawat empat muzium dengan hanya membayar tiket masuk berharga RM10 bagi setiap seorang.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Erne Hamsah berkata dengan bayaran RM10 orang ramai boleh melawat Muzium Sejarah, Muzium Rakyat, Muzium Samudera dan Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.

“Tiket boleh dibeli di pintu masuk mana-mana daripada empat muzium berkenaan. Waktu operasi kami adalah dari jam 11 malam hingga 2 pagi setiap hari Sabtu pertama setiap bulan.

“Selain itu pelancong dan pengunjung boleh mendapatkan cenderamata Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) pada harga RM10 dan layak mendapatkan kupon diskaun serta cabutan bertuah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, PERZIM juga tidak ketinggalan dalam mempromosikan Melaka Bila Larut Malam menerusi semua platform media sosial rasmi Muzium & Galeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

664
Kongsi :
Previous post Lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM4.6 juta, enam pistol di Pulau Pinang
Next post ‘Melaka Nightlife’: Muzium Penjara Malaysia anjak operasi hingga 2 pagi
Ubah saiz-+=