Media ‘duta’ promosi seni, budaya Melaka
KESIDANG 24 Mei – Lebih 30 pengamal media berkumpul bagi memeriahkan program Sepetang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka bersama Media Melaka 2024, semalam.
Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Alias berkata program santai itu bertujuan untuk mengangkat dan mempromosi seni budaya serta warisan menerusi media massa.
Katanya, bertempat di pusat hiburan keluarga di Krubong pemilihan lokasi tersebut lebih santai dan selesa.
“Objektif program santai kita adalah untuk saling bertukar informasi dan merapatkan silaturahim antara dua pihak (JKKN Melaka dan Media).
“Kita juga mahu pengamal media negeri ini membantu JKKN Melaka dalam usaha menyemarakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dengan menyebarkan maklumat berkaitan program dan aktiviti JKKN Melaka dalam usaha membantu Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sepetang JKKN Melaka bersama Media Melaka 2024 di sebuah pusat hiburan keluarga di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Ezlina berkata program santai tersebut juga telah dilaksanakan oleh semua JKKN di setiap negeri masing-masing seluruh negara.
“Program Sepetang JKKN Melaka bersama Media Melaka ini kita akan jadikan sebagai program tahunan selepas ini bagi merapatkan lagi ukhwah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LIMA AMANAT PENTING PERKASA PBT MELAKA
AYER KEROH 23 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, menekankan lima amanat penting dalam usaha memperkasakan...
LEMAS DI TALI AIR: MAYAT ANGGOTA POLIS DITEMUKAN PAGI INI
IPOH 23 Disember - Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Jalan Utama...
TERIMA KASIH BANTU SURAU KAMI
REMBIA 23 Disember - Usaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk memartabatkan institusi surau dan masjid diteruskan lagi dengan penyerahan...
GADIS ‘BOLLYWOOD’ GEGAR LITAR ASAHAN
ASAHAN 23 Disember - Siapa sangka wajah gadis yang lembut ini tidak mampu menggegarkan litar kelapa sawit di Asahan. Berasal...
KOLOKIUM OKU 2024 PROGRAM PEMULA ANGKAT MARTABAT ANAK ISTIMEWA
DURIAN TUNGGAL 23 Disember - Kolokium Orang Kurang Upaya (OKU) 2024 menjadi program pemula dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap...
AKSI ‘MOTORCROSS’ PULA BAKAL GEGARKAN ASAHAN 2025
ASAHAN 22 Disember - Aktiviti sukan lasak 'motorcross' menggunakan laluan tanah merah ladang kelapa sawit sebagai litar bakal diajurkan di...