Sorting by

×

Pelajar Melaka dalami pendidikan digital, robotik

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 23 Mei – Seramai 270 pelajar dan 20 guru terpilih menyertai program pendidikan digital yang dinamakan Future Tech Programme 2024.

Program yang diwujudkan Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu antara lain mampu mengembangkan lagi bidang robotik yang kini selari dengan kehendak industri semasa.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, program itu bertujuan membentuk kemahiran berfikir pengguna secara komputasional dan berstruktur.

Ia juga jelas beliau, dapat membantu meningkatkan kemahiran asas robotik dalam kalangan pelajar serta teknik pengaturcaraan dengan konsep tenaga lestari yang memenuhi keperluan manusia masa kini.

“Ini sekali gus memberi pendedahan mengenai Artificial Intelligence (AI) yang semakin mendapat permintaan dalam kalangan masyarakat.

“Saya percaya, melalui inovasi dan pembangunan dalam bidang digital dapat menggalakkan revolusi industri, transformasi teknologi dan pembangunan ekonomi negara seiring dengan perkembangan Malaysia ke arah mencapai arena global robotik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Future Tech Programme 2024 di Hotel MITC, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Rosli Abdullah; Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Mohd Ghazali Ahmad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

126
Kongsi :
Previous post Kediaman Ahmad Khuzaimi Piee dipecah masuk, motosikal hilang
Next post Tuisyen Rakyat Melaka bantu calon SPM kurang mampu
Ubah saiz-+=