Sorting by

×

Peruntukan RM22.31 juta fokus bina RMR baharu

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

PAYA RUMPUT 19 Mei – Kerajaan Negeri akan memastikan peruntukan bagi pembinaan baharu Rumah Mesra Rakyat (RMR) sebanyak RM22.31 juta tidak disalahguna bagi projek lain.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, peruntukan itu pening bagi memastikan projek baharu RMR yang dikhususkan kepada golongan B40 dapat dilaksanakan.

Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) akan menentukan peruntukan diagihkan kepada Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Peruntukan RM22.31 juta yang diumumkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam adalah yang terbesar merangkumi peruntukan keseluruhan RM83.66 juta yang diberikan kepada Melaka.

“Saya akan mendapatkan maklumat terperinci kerana kebanyakan Program RMR adalah projek baharu dan bukannya projek disambung, mungkin ia juga akan melibatkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) , Jabatan Perumahan Negara dan Lembaga Perumahan Negeri Melaka (LPM).

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri KPKT Nga Kor Ming kerana meluluskan peruntukan terbesar buat Melaka setakat ini bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (Jiwa) Komuniti Madani Krubong di Surau Al-Falah, Krubong Jaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput berkata pengagihan peruntukan terbabit akan dirancang dengan sebaik mungkin agar rakyat mendapat manfaat daripada pelaksanaannya.

Semalam, media melaporkan Nga Kor Ming telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM83.66 juta kepada Melaka untuk merealisasikan 17 projek yang berperanan penting dalam strategi pembangunan komuniti bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat pada program Sentuhan Kasih KPKT di Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

138
Kongsi :
Previous post Segerakan pembinaan tapak pelupusan khas sisa pepejal ICI
Next post Polis tahan lelaki ceroboh balai dan cuba rampas senjata api
Ubah saiz-+=