
MPHTJ tingkat tahap keindahan landskap, pencahayaan
AYER KEROH 16 Mei – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) agresif dalam menyediakan persekitaran yang bersih dan kondusif dengan meningkatkan aspek keceriaan landskap serta memasang lampu hiasan.
Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, pihaknya memperuntukan sebanyak RM2 juta bagi melaksanakan inisiatif itu sepanjang tahun ini.
Katanya, lebih menarik MPHTJ turut menyalurkan peruntukan bagi membina arca hiasan sebagai pelengkap kepada inisiatif keceriaan sedang dilaksanakan.
“Terkini kita baru sahaja selepas menaik taraf tahap keceriaan pintu gerbang di Ayer Keroh, inisiatif ini akan dilaksanakan di beberapa lagi lokasi lain.
“Keutamaan adalah laluan utama dari pintu masuk menghala ke lokasi tumpuan pelancongan di Melaka. Kerja naik taraf dilakukan ini ia bukan sahaja dapat menarik perhatian orang Melaka tetapi juga pelancong yang ke negeri ini untuk bercuti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Sapiah berkata, pihaknya turut memberikan tumpuan untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan termasuk di taman-taman perumahan dan kawasan perkampungan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
