Sorting by

×

Monsun Barat Daya: Elak pembakaran terbuka di Melaka

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 15 Mei – Penduduk di negeri ini dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dalam tempoh Monsun Barat Daya yang bermula 17 Mei hingga September depan.

Pengarah Pejabat Meteorologi Melaka, Muhammad Hafiz Kasim berkata, ia berikutan taburan hujan yang berlaku dalam tempoh berkenaan dijangka lebih rendah.

“Dalam tempoh tersebut keadaan cuaca tidak hujan lebih banyak berbanding dengan hari hujan, tetapi ia bukan bermaksud panas berpanjangan sehingga September.

“Semasa Monsun Barat Daya berlaku keadaan cuaca lebih panas dan kering berikutan kurang taburan hujan, sepanjang tempoh monsun ini kebiasaannya kita menerima hujan pada sebelah awal pagi.

“Justeru bila taburan hujan kurang, orang ramai dinasihatkan jangan membuat pembakaran terbuka kerana cuaca lebih kering, kita khuatir akan berlaku jerebu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan kenyataan berhubung Monsun Barat Daya yang akan melanda kebanyakan tempat di seluruh negara selama empat bulan.

Dalam tempoh monsun itu, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak dikawal terutamanya pada Julai hingga September.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

149
Kongsi :
Previous post KKM keluar kompaun bernilai RM1.02 juta atas kesalahan merokok
Next post HSO tawar pemeriksaan mata berkualiti
Ubah saiz-+=