Sorting by

×

Persimpangan Parit Melana dinaik taraf, atasi kesesakan

Masa Membaca:42 Saat

ALOR GAJAH 15 Mei – Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka akan memulakan kerja-kerja menaik taraf persimpangan Parit Melana, Durian Tunggal bermula hujung bulan ini.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, kerja-kerja naik taraf itu melibatkan kos keseluruhan berjumlah lebih RM1.5 juta.

Jelasnya, projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Impak naik taraf persimpangan Parit Melana, Durian Tunggal ini memudahkan pengguna dari Krubong dan Durian Tunggal menghala ke Bandar Melaka.

“Selain itu, naik taraf itu juga dapat membantu penguraian trafik di kawasan terbabit yang sering sesak apabila waktu puncak.

“Kerja-kerja naik taraf ini dianggarkan siap dalam tempoh dua tahun dan penyerahan tender pula pada penghujung bulan Mei ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

393
Kongsi :
Previous post UTeM terima sumbangan, salur bantuan kepada pelajar asnaf
Next post KKM keluar kompaun bernilai RM1.02 juta atas kesalahan merokok
Ubah saiz-+=