Sorting by

×

UTeM terima sumbangan, salur bantuan kepada pelajar asnaf

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 15 Mei – Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti (HEPA) Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima sumbangan Wakalah Zakat, Dana Asy-Syakirin daripada Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP) berjumlah RM100,000.

Pemberian sumbangan itu diadakan dalam satu majlis ringkas yang disempurnakan oleh Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk. Ts. Dr. Massila Kamalrudin disaksikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif.

Hadir sama, Timbalan Pendaftar HEPA, Mohd Sopian Baharom dan Yang Dipertua Majlis Pewakilan Pelajar (MPP), Muhammad Haikal Johari.

Sumbangan itu akan disalurkan akan kepada pelajar asnaf UTeM bagi meringankan beban mereka sepanjang pengajian di institut pengajian berkenaan.

Pertemuan dalam majlis itu turut membuka ruang kolaborasi antara UTeM dan BAKIP terutama berkaitan kebajikan, sukarelawan dan kemasyarakatan.

BAKIP turut menyarankan kerjasama dapat dieratkan menerusi lawatan kerja UTeM bersama pelajar dengan BAKIP untuk sesi perbincangan yang lebih konstruktif dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

412
Kongsi :
Previous post Faisal Halim masih perlu pemantauan rapi
Next post Persimpangan Parit Melana dinaik taraf, atasi kesesakan
Ubah saiz-+=