Perzim wakili Zon Selatan Festival Hari Muzium Antarabangsa

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 14 Mei – Pasukan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) akan mewakili Zon Selatan bagi Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024 di Pulau Pinang.

Festival bertemakan ‘Muzium untuk Pendidikan dan Penyelidikan’ itu bermula 11 Mei (Sabtu lalu) sehingga 22 Mei ini.

Pengurus Besar PERZIM, Erne Hamsah berkata 18 Mei adalah tarikh sambutan Hari Muzium Antarabangsa dan setiap tahun PERZIM akan menyertainya di negeri yang terpilih.

“Pelbagai acara menarik akan diadakan antaranya pameran muzium-muzium negeri, agensi, Institut Pengajian Tinggi (IPT), sukan dan permainan, bengkel serta seminar.

“Seramai 400 orang peserta daripada 40 organisasi dan agensi muzium dari seluruh negara mengambil bahagian dalam lima acara yang dipertandingkan membabitkan sukan padang.

“Manakala, Zon Selatan disertai seramai 60 peserta kontinjen terdiri daripada PERZIM, Yayasan Warisan Johor, Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Nelayan Tanjung Balau,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Majlis Perasmian Sukan Festival HMA kali ke-28 ini disempurnakan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, Wong Hon Wai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

204
Kongsi :
Previous post Melaka perlu lebih banyak sekolah agama baharu
Next post Sekolah agama daerah Alor Gajah kekal cemerlang
Ubah saiz-+=